Bankrap apa? ramai rakyat M’sia bercuti ke luar negara, kata Najib


Perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mempersoalkan sesetangah pihak yang mengatakan Malaysia akan bangkrap kerana ramai rakyat Malaysia melakukan percutian ke luar negara.

“Saya baru saja menunaikan ibadah umrah. Apa yang menarik ialah setiap kali saya pergi ke masjid, pasti ada rakyat Malaysia.

“Saya pasti akan bertemu dengan rakyat Malaysia atau mereka akan mengambil gambar dari jauh, atau mengambil video.

“Saya juga diberitahu rakan-rakan yang berada di London bercuti bahawa mereka pasti akan bertemu rakyat Malaysia di Oxford Street.

“Jadi, bagaimanakah kita boleh mengatakan bahawa negara ini adalah negara muflis atau negara yang gagal?” Kata Najib dalam ucapannya semasa mesyuarat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Satu video ucapannya disiarkan di laman Facebook Pejabat Perdana Menteri.