‘Apa cerita nak ada dua sistem sijil UEC?’

Bekas menteri Umno, yang kini menjadi anggota BERSATU Tan Sri Rais Yatim menegaskan bantahan terhadap kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan 1,000 hadirin di Himpunan yang bertemakan ‘Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam’ itu anjuran gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.